Kemudian Salomo memulakanlah pembinaan Bait TUHAN di tempat yang telah disediakan Daud, iaitu di tempat pembantingan Ornan orang Yebus di Yerusalem, Gunung Moria. Di situlah dahulu Allah menampakkan diri kepada Daud, ayahnya. Inilah ukuran bagi asas Rumah Allah yang dibangunkan Salomo: Panjangnya enam puluh hasta, menurut ukuran hasta lama, dan lebarnya dua puluh hasta. Manakala serambi di depan bait itu sepanjang dua puluh hasta, menurut lebar bait itu, dan setinggi seratus dua puluh hasta. Dia menyalut bahagian dalam bait itu dengan emas tulen. 2 Tawarikh 3:1, 3-4 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Salomo memulakan pembinaan Bait TUHAN" Bab 3 kitab 2 Tawarikh bermulalah raja Salomo membina Bait TUHAN di tempat yang disediakan raja Daud iaitu tempat pembantingan Ornan orang Yebus gunung Moria. Bertuah sekali tempat pembantingan si Ornan itu, siapa tahu kawasan ladang kita boleh jadi pusat ibadah atau pembangunan pekan atau bandar. Si Ornan tidak membantah malah mahu diberi percuma kepada Daud (1Taw.21:23). Ukuran Bait itu lebih kurang 102' x 34' size yang hampir sama dengan kebanyakan bangunan gereja kita hari ini, tetapi bukan pada size tetapi bahan binaan itu yang membuatkan bait itu terkenal kerana hampir semua disaluti oleh emas tulen (ay.4). Kita dapat banyakkan Salomo membuat bangunan itu sehabis baik yang dia mampu buat. Hari ini sudahkah kita sebabis baik membina bangunan gereja kita, saya percaya sudah. Semoga kita seperti raja Salomo memulakan pembinaan Bait TUHAN sehabis baik. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya membuat sesuatu untuk-Mu sehabis baik. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 21.5.2026.

Comments

Popular Posts