Para peniup nafiri dan penyanyi itu serentak memperdengarkan suara untuk memuji dan mengucap syukur kepada TUHAN. Dengan diiringi nafiri, ceracap, dan alat-alat muzik yang lain, para penyanyi mengangkat suara sambil memuji TUHAN, demikian,
“Kerana Dia baik,
kasih-Nya kekal selama-lamanya!”
Tiba-tiba awan memenuhi bait itu, iaitu Bait TUHAN, dan para imam tidak dapat berdiri untuk menyelenggarakan ibadat disebabkan awan itu, kerana kemuliaan TUHAN memenuhi Rumah Allah.
2 Tawarikh 5:13-14
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Awan memenuhi bait"
Bab 5 kitab 2 Tawarikh kisah Bait TUHAN yang dibina oleh raja Salomo selesai (ay.1), kita tahu siapa arketik dan engineer iaitu Huram-Abi yang di sebut di bab 3 & 4 itu.
Pentahbisan Bait TUHAN pun berlangsung dengan membawa masuk Tabut Perjanjian TUHAN dari khemah yang dibuat raja Daud bersama para pembesar, para imam dan Lewi (ay.2-14).
Salomo berjaya memindahkan tabut itu, berbanding raja Daud pada percuma pertama (1 Taw.13 dan 2 Sam.6).
Bukan saja berjaya tetapi awan memenuhi Bait TUHAN para imam tidak dapat berdiri untuk menyelenggarakan ibadat kerana kemuliaan TUHAN memenuhi (ay.14).
Peristiwa awan memenuhi atau menaungi berlaku di khemah suci Musa (Kel.40:34-35) dan Yesus berubah wajah (Mat.17:5).
Kita boleh katakan TUHAN berkenan hadir dalam ibadat pemindahan Tabut Perjanjian TUHAN ke bangunan baharu yang di bina oleh Salomo.
Hari ini adakah awan kemuliaan TUHAN pernah kelihatan lagi dalam ibadat orang Kristian?
Tidak pernah.
Semoga kita ada pengalaman ibadat kita ada awan memenuhi di hati kita.
Doa: Tuhan Yesus penuhi kami awan kemuliaan TUHAN itu.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 23.5.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment