Pada akhir tahun kedua puluh Salomo sudah membina Bait TUHAN dan istananya. Salomo juga membina semula kota-kota yang diberikan Hiram kepadanya dan mengerahkan orang Israel untuk tinggal di sana. Kemudian Salomo maju ke Hamat-Zoba dan menaklukinya. Dia membangunkan Tadmor di gurun serta semua kota perbekalan yang pernah dibinanya di Hamat.
2 Tawarikh 8:1-4
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Pada akhir tahun kedua puluh"
Bab 8 kitab 2 Tawarikh, kisah pembangunan yang telah dibuat oleh raja Salomo, dalam tempoh dua puluh tahun (ay.1).
Antara yang disebut Bait TUHAN, istananya, membina semula kota-kota yang diberikan oleh Hiram raja Tirus sekutu kerajaan Israel pada masa itu (ay.2).
Sebuah kota di gurun iaitu Tadmor (ay.4), dunia hari ini terletak di Syria, lebih kurang 300km dari Yerusalem.
Hari ini berapa lama kita telah menjadi pemimpin gereja, sudah dua puluh tahun, apa yang telah kita lakukan?
Semoga kita seperti raja Salomo pada akhir tahun kedua puluh pemerintahan berjaya membangun kerajaan Israel dengan jayanya.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya berjaya seperti Salomo.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 26.5.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment