Salomo berdiri menghadap mazbah TUHAN, di hadapan seluruh jemaah Israel, lalu menadahkan tangannya. Memang Salomo telah membuat mimbar gangsa yang sepanjang lima hasta, selebar lima hasta, dan setinggi tiga hasta. Dia meletakkan mimbar itu di tengah-tengah halaman, berdiri di atasnya, lalu berlutut di hadapan seluruh jemaah Israel sambil menadahkan tangannya ke langit. 2 Tawarikh 6:12-13 Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini kita belajar tema "Menadahkan tangannya" Bab 6 kitab 2 Tawarikh kisah raja Salomo berdoa kepada TUHAN, di atas pentas gangsa di hadapan Bait TUHAN setinggi lebih kurang 4.5' dan lebar dan panjang 7.5'(ay.13) Di atas pentas itulah dia berdiri menghadap seluruh rakyat (ay.13), itu bermaksud raja membelakangi Bait TUHAN, ibarat menjadi pengantara rakyat. Salomo bertutur dan menadahkan tangan (ay.12), cara berdoa yang berbeza dengan kita hari ini yang menutup tangan, tunduk dan menutup mata. Tetapi bukanlah cara yang penting tetapi kepada siapa kita berdoa. Doa Salomo dianggap penyembahan paling agung dalam Perjanjian Lama. Doa itu menyentuh beberapa perkara penting pengampunan dosa, doa orang asing, peperangan, pembuangan, pertaubatan bangsa dan belas kasihan TUHAN. Semuanya berkiblat pada Bait TUHAN di Yerusalem. Hari doa kita tidaklah berkiblat ke mana-mana arah tetapi kepada nama Tuhan Yesus, sebab Dia sendiri yang mengajar (Yoh.14:14, 15:16, 23). Doa kita seperti juga doa para tokoh dalam Alkitab berdoa untuk diri sendiri, keluarga, jemaah, negara dan sebagainya. Semoga kita seperti raja Salomo menadahkan tangannya berdoa untuk rakyat bukan untuk diri sendiri sahaja. Doa: Tuhan Yesus tolong kami mendoakan kesejahteraan semua orang termasuk mereka yang berkelakuan jahat terhadap kami. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 24.5.2026.

Comments

Popular Posts