Lalu Abia berdiri di Gunung Zemaraim, yang terletak di Pergunungan Efraim, dan berkata, “Dengarlah aku, wahai Yerobeam dan semua orang Israel! Tidakkah kamu tahu bahawa TUHAN, Allah Israel, telah mengurniakan kuasa atas kerajaan Israel kepada Daud dan keturunannya untuk selama-lamanya dengan suatu perjanjian garam?”
2 Tawarikh 13:4-5
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Perjanjian Garam"
Bab 13 kitab 2 Tawarikh kisah Abia raja Yehuda berperang dengan Yerobeam raja Israel, kekuatan askar tidak seimbang Abia dengan 400 ribu orang Yerobeam 800 ribu orang (ay.3).
Tetapi Abia pandai, dia tidak terus berperang tetapi berpidato terlebih dahulu, inti ucapan memberi tahu para askar Yerobeam dan askarnya sendiri bahawa TUHAN telah menguniakan kuasa atas kerajaan Israel kepada Daud dan keturunannya untuk selama-lamanya dengan suatu perjanjian garam (ay.5). Apabila seseorang ingin pidatonya didengar orang atau kedengaran berkuasa boleh menyebut apa saja seperti yang dikatakan Abia tentang perjanjian garam itu. Tidak pernah disebut oleh para nabi atau TUHAN kepada Daud atau raja sebelum Abia. Tetapi kita faham Abia sedang bercakap sifat kekal kerajaan keturunan keluarga Daud.
Peperangan itu pun dimenang oleh Abia, beberapa kota Israel jatuh dalam tangannya ia itu Betel, Yesana dan Efron (ay.19).
Pidato memang sangat kuat kuasa kalau kita tahu menggunakan perkataan yang menakjubkan para pendengar, pengkhutbah di gereja juga bentuk pidato, sebab itu ada menarik perhatian ada yang tidak.
Semoga kita seperti raja Abia menggunakan perkataan perjanjian garam sebagi kata kunci perjuangnya dalam masa yang sama mengecut hati para askar Yerobeam.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat berpidato seperti Abia.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 31.5.2026.
Selamat menyambut pesta Kaamatan.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment