Ketika TUHAN melihat bahawa mereka merendahkan diri, datanglah firman TUHAN untuk Semaya, demikian, “Kerana mereka telah merendahkan diri, Aku tidak akan membinasakan mereka. Aku akan mengurniai mereka sedikit keluputan, dan murka-Ku tidak akan Kucurahkan ke atas Yerusalem dengan perantaraan Sisak. Namun demikian, mereka akan menjadi hamba-hambanya, supaya mereka tahu bagaimana bezanya menghamba kepada-Ku dengan menghamba kepada kerajaan-kerajaan negeri lain.”
2 Tawarikh 12:7-8
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Bezanya menghamba kepada-Ku dengan menghamba kepada kerajaan-kerajaan negeri lain"
Bab 12 kitab 2 Tawarikh kisah kerajaan raja Rehabeam sudah kuat dan kedudukannya sudah kukuh tetapi seluruh Israel meninggalkan TUHAN (ay.1), ungkapan paling negatif dalam kitab Tawarikh, kita tahu penulis tidak melebih-lebih, sebab kitab ini cuba menonjolkan sisi baik kerajaan Israel yang berpusat di Yerusalem yang dipilih oleh TUHAN (ay.13).
TUHAN menghantar Sisak raja Mesir menyerang Yerusalem pada tahun kelima pemerintahan Rehabeam (ay.2).
Sisak merebut kota-kota berkubu di Yehuda sehingga ke Yerusalem (ay.4).
Ketika nabi Semaya menyampaikan teguran daripada TUHAN, Rehabeam merendahkan diri, Lantaran itu TUHAN tidak membinasakan Yerusalem tetapi mereka menjadi hamba kepada Sisak supaya Rehabeam dan rakyat tahu bagaimana bezanya menghamba kepada-Ku dengan menghamba kepada kerajaan-kerajaan negeri lain kata TUHAN (ay.7-8).
Hari ini siapa tuan kita? Adakah menghamba diri kepada harta, kedudukan, tuhan lain lebih baik daripada Tuhan Yesus?.
Semoga kita tahu bezanya menghamba kepada-Ku dengan menghamba kepada kerajaan-kerajaan negeri lain kata TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus Engkau tuan kami yang baik.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 30.5.2026.
Selamat menyambut pesta Kaamatan.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment