Asa melakukan apa yang baik dan benar di mata TUHAN, Allahnya. Dia menyingkirkan mazbah-mazbah bangsa asing serta bukit-bukit pemujaan. Dihancurkannya tiang-tiang berhala, dan ditebangnya patung-patung Asyera. Diperintahkannya orang Yehuda untuk mencari hadirat TUHAN, Allah nenek moyang mereka, dan untuk melaksanakan hukum serta perintah-Nya.
2 Tawarikh 14:2-4
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Melaksanakan hukum serta perintah-Nya"
Bab 14 kitab 2 Tawarikh kisah raja Asa yang menggantikan raja Abia melakukan apa yang baik dan benar di mata TUHAN. Dia menyingkirkan mazbah-mazbah bangsa asing serta bukit-bukit pemujaan (ay.2-3).
Kita boleh andaikan pada zaman Abia masih ada penyembahan kepada tuhan-tuhan lain di Yehuda, dalam masa yang sama mereka beribadah kepada TUHAN di Yerusalem.
Tetapi pada zaman Asa pembaharuan dibuat, orang Yehuda diperintahkannya mencari hadirat TUHAN dan melaksanakan hukum serta perintah-Nya (ay.4).
TUHAN berkenan kepada Asa sebab itu dalam perang melawan Zerah orang Kush yang datang menyerang dengan kekuatan sejuta askar dan 300 kereta perang (ay.9).
Asa dapat mengalahkan pasukan Zerah kerana TUHAN menolong mereka dengan hanya 300 ribu Yehuda dan 280 ribu orang Benyamin (ay.8).
Hari ini kesetiaan kita melaksanakan hukum serta perintah-Nya menentukan masa depan gereja, kenapa ada gereja kelihatan maju ada yang kesian keadaan sebab pelaksanaan hukum serta perintah TUHAN.
Semoga kita seperti raja Asa melaksanakan hukum serta perintah-Nya.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya melaksanakan hukum serta perintah-Mu.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 1.6.2026.
Happy anniversary untuk kami yang ke 24 Tahun.
Tahniah UN Criszelbellkah Lorris Matunggong tempat ke-3 UN Negeri Sabah.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment