Apabila umurmu telah genap dan engkau pergi menyusul nenek moyangmu, maka Aku akan membangkitkan keturunanmu kelak, seorang daripada anakmu, dan Aku akan mengukuhkan kerajaannya. Dialah yang akan membina bait bagi-Ku, dan Aku akan mengukuhkan takhtanya untuk selama-lamanya.
1 Tawarikh 17:11-12
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Membina bait bagi-Ku"
Bab 17 kitab 1 Tawarikh kisah raja Daud berniat mahu membina bait bagi TUHAN dia nyatakan kepada nabi Natan, pada mulanya Natan setuju rancangan itu (ay.1-2). Tetapi TUHAN tidak bersetuju, bukan Daud yang akan membina bait itu tetapi anaknya (ay.11-12).
Raja Daud tidak marah walaupun niatnya baik mahu membina bait TUHAN tetapi tidak diizinkan oleh TUHAH.
TUHAN ada rancangannya sendiri kita hanya perlu taat dan hidup kita akan tenteram, siapa kita untuk melawan TUHAN, ingat kita hanyalah debu tanah yang diberi nafas hidup oleh TUHAN (Kej.2:7).
Terima saja kenyataan bukan kamu atau saya yang akan membina bait atau jawatan itu dan sebagainya tetapi orang lain yang dipilih TUHAN, tidak perlu kecewa atau marah.
Semoga kita taat kepada perintah-Nya, dialah yang akan membina bait bagi-Ku kata TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya taat pada perintah-Mu.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 6.5.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment