Lalu Daud berkata kepada Yoab dan kepada para panglima pasukan, “Pergilah, hitunglah orang Israel dari Bersyeba sampai Dan, lalu bawalah hasilnya kepadaku supaya aku tahu akan jumlah mereka.”
Kata Yoab, “Semoga TUHAN menambah umat-Nya seratus kali lipat ganda daripada yang ada sekarang. Ya Tuanku Raja, bukankah mereka semua hamba tuanku? Mengapakah tuanku menghendaki hal ini? Mengapakah orang Israel harus menanggung kesalahan kerana hal itu?”
1 Tawarikh 21:2-3
Konsapatan dan selamat beribadah, bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini kita belajar tema "Pergilah, hitunglah orang Israel"
Bab 21 kisah Daud membanci orang Israel tidak dijelaskan tujuan banci itu dan bukan pula atas perintah TUHAN, tidak seperti banci yang dibuat Musa kerana perintah TUHAN (Bil.1:1-3, 26:1-2).
Tetapi kita boleh agak tujuan banci itu ialah Daud sedang mencari kekuatan askar bukan lagi bersandar kepada TUHAN (ay.2-3).
Yoab panglima perang yang juga anak saudara Daud dapat merasa ada sesuatu yang tidak benar perintah raja (ay.6).
Apa yang ditakuti Yoab memang benar belaka TUHAN marah dan membunuh 70 ribu rakyat (ay.14), hanya belas kasihan TUHAN tidak memusnahkan kota Yerusalem tempat tinggal Daud (ay.15).
Banci penduduk tidaklah menjadi masalah atau kesalahan tetapi tujuan, Daud mahu melihat kekuatan askar bukan kekuatan TUHAN itulah sebab dipandang jahat oleh TUHAN (ay.7).
Hari ini kita mungkin terjebak menghitung kejayaan, sumber, harta kita dan sebagai tetapi lupa TUHAN yang memberi.
Jangan terkejut kalau dihukum oleh TUHAN.
Semoga kita tidak seperti raja Daud perintah "Pergilah, hitunglah orang Israel..." niat bermegah bukan untuk TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak menghitung untuk bermegah.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 10.5.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment