Daud, tua-tua Israel, dan pemimpin pasukan seribu pergi mengangkut tabut perjanjian TUHAN dari rumah Obed-Edom dengan sukacita. Kerana Allah menolong bani Lewi yang mengusung tabut perjanjian TUHAN itu, maka dikorbankanlah tujuh ekor lembu dan tujuh ekor domba jantan. 1 Tawarikh 15:25-26 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Bani Lewi yang mengusung tabut perjanjian TUHAN" Bab 15 kitab 1 Tawarikh kisah raja Daud mengangkut tabut perjanjian TUHAN dari rumah Obed-Edom dengan sukacita, kali ini bani Lewi yang mengusung tabut perjanjian TUHAN bukan lagi dinaikkan di atas pedati yang baharu seperti kisah pertama (1 Taw.13:7). Kali ini mereka berjaya mengangkut ke Yerusalem (ay.29). Tahniah kepada raja Daud, mungkin itulah ucapan paling sesuai di hati rakyat dan para imam dan orang Lewi. Kejayaan mereka berlaku sebab mengikuti tatacara yang sudah ditetapkan oleh TUHAN bahawa orang Lewi yang mengangkatnya bukan kereta lembu. Dikatakan TUHAN menolong bani Lewi yang mengusung tabut perjanjian TUHAN itu (ay.25). Tanpa pertolongan TUHAN percubaan kedua mengangkut tabut mungkin akan gagal sebab kesalahan kecil. Semoga kita seperti bani Lewi yang mengusung tabut perjanjian TUHAN iaitu gereja supaya TUHAN menolong kita dapat melayani tanpa mencemarkan kekudusan-Nya. Doa: Tuhan Yesus tolong supaya berjaya dalam pelayanan. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 4.5.2026.

Comments

Popular Posts