Selanjutnya dibuatnya kolam logam tuangan bulat berkeliling berukuran sepuluh hasta dari tepi ke tepi, setinggi lima hasta, dan dapat dililit oleh tali pengukur sepanjang tiga puluh hasta. Di bawah tepi kolam itu ada arca lembu jantan yang mengitari sekelilingnya, sepuluh ekor dalam sehasta. Arca lembu yang terdiri daripada dua deret dibuat setuangan dengan kolam itu. 2 Tawarikh 4:2-3 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Arca lembu" Bab 4 kitab 2 Tawarikh bersambung kisah pembinaan Bait TUHAN, kali ini arca yang ada di depan bait itu, iaitu sebuah mazbah gangsa yang agak besar lebih kurang 30' panjang, 30' lebar dan tinggi 15' (ay.1). Kemudian satu kolam logam yang sangat besar lebih kurang 45' ukur lilit tinggi 7.5', kolam itu di angkat oleh sepuluh arca lembu jantan (ay.2-3). Bayangkan betapa megahnya pemandangan halaman depan Bait TUHAN. Raja Salomo memang bijak memancing perhatian rakyat ketika mereka datang beribadah. Hari ini di depan bangunan gereja juga perlu sesuatu objek yang menarik perhatian jemaah, kita tahu itu menarik perhatian kalau ada yang suka bergambar di sana. Walaupun objek yang menarik perhatian bukanlah untuk disembah tetapi kewujudannya boleh menyentuh emosi seseorang untuk datang kepada TUHAN. Seperti arca lembu jantan, kolam besar dan mazbah besar di depan Bait TUHAN itu. Semoga kita dapat berfikir membina sesuatu yang menarik perhatian jemaah seperti arca lembu jantan. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya boleh kreatif seperti raja Salomo. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 22.5.2026.

Comments

Popular Posts