Kemudian dari rumah Abinadab mereka menaikkan tabut Allah itu ke atas pedati yang baru. Uza dan Ahio menghantar pedati itu. Lalu di hadapan Allah, Daud dan semua orang Israel menari-nari dengan sekuat tenaga diiringi nyanyian, kecapi, gambus, rebana, ceracap, serta nafiri. 1 Tawarikh 13:7-8 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Pedati yang baharu" Bab 13 kitab 1 Tawarikh kisah raja Daud memindahkan tabut TUHAN dari Kiryat-Yearim di rumah Abinadab (ay.7) ke Yerusalem tetapi gagal kemudian disinggakah di rumah Obed-Edom orang Gat (ay.13). Kenapa gagal? bukankah dengan niat Daud yang tulus dengan sokongan rakyat dan mereka semua menari-nari dengan sekuat tenaga diiringi nyanyian dan muzik (ay.8). Teringat kita sambutan negara kepada presiden Amerika ketika dia menghadiri sidang kemuncak ASEAN ke-47, pada 26.10.2025. Trump sangat gembira malah ikut menari-nari. Mungkin itulah yang raja Daud fikirkan bahawa TUHAN pasti berkenan dengan upacaya gilang-gemilang. Tetapi TUHAN tidak berkenan sebab tidak mentaati perintah tatacara mengangkat tabut TUHAN seperti yang diperintahkan dalam Bilangan 7:9, Keluaran 25:14-15. Diusung oleh orang Lewi bukan menaikkan tabut itu di atas pedati yang baharu (ay.7). Kita perlu berhati-hati perintah TUHAN tidak boleh ditukar ganti dengan cara manusia walaupun dengan niat yang tulus untuk memuji TUHAN. Semoga kita tidak menaikkan tabut TUHAN di atas pedati yang baharu. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya taat kepada perintah-Mu. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com 2.5.2026.

Comments

Popular Posts