Sesungguhnya, seorang anak lelaki akan lahir bagimu. Dia akan menjadi orang yang dikurniai ketenteraman, kerana Aku akan mengurniakan kepadanya ketenteraman daripada semua musuh di sekelilingnya. Namanya ialah Salomo, dan pada zamannya Aku akan mengurniakan damai serta sentosa kepada orang Israel.
1 Tawarikh 22:9
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dikurniai ketenteraman"
Bab 22 kitab 1 Tawarikh raja Daud telah memutuskan kedudukan Bait TUHAN dan mazbah bakaran orang Israel (ay.1), Daud maksudkan ialah tempat pegirikan Ornan orang Yebus itu yang terletak di Yerusalem (1 Taw.21:18).
Sejak peristiwa yang dikisah di Bab 21 Daud mula menyediakan bahan untuk membina Bait TUHAN. Jumlah bahan yang agak banyak 100 ribu talenta emas sejuta talenta perak, gangsa dan besi yang tidak tertimbang berat kerana terlalu banyak, kayu dan batu itu pun Daud fikir tidak cukup perlu ditambah lagi oleh Salomo (ay.14).
Salomo anak Daud yang akan membina Bait TUHAN sebab pada zamannya TUHAN menguniakan ketenteraman (ay.29).
Kalau kita dalam keadaan tenteram itu tanda masa yang sesuai membina gereja, rumah, rumah kebun dan sebagainya.
Semoga kita dikurniai ketenteraman seperti Salomo supaya boleh membina Bait TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus tolong berikan kami ketenteraman.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 11.5.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment