Kata Daud, “Semua itu terdapat dalam tulisan yang diilhamkan TUHAN kepadaku, iaitu semua pekerjaan yang harus dilakukan menurut rajah itu.”
Daud berkata pula kepada Salomo, anaknya, “Kuatkan serta mantapkanlah hatimu, dan bekerjalah! Jangan takut dan jangan kecut hati, kerana TUHAN Allah, iaitu Allahku, menyertai engkau. Dia tidak akan menterlantarkan atau meninggalkan engkau hingga seluruh pekerjaan untuk ibadat di Bait TUHAN itu selesai.”
1 Tawarikh 28:19-20
Konsapatan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tema "Diilhamkan TUHAN"
Bab 28 kitab 1 Tawarikh pesanan Daud kepada Salomo di hadapan para pembesar negara, pesanan utamanya tentang pembinaan Bait Suci di Yerusalem. Daud telah menyediakan bahan yang diperlukan bukan itu saja dengan rajah atau lakaran bangunan dan halaman yang telah diilhamkan TUHAN kepadanya.
Boleh dikatakan satu-satunya impian raja Daud yang TUHAN tidak tunaikan iaitu membina Bait Suci, bukan saja tidak dibenarkan membina juga tidak dibenarkan melihat pun bangunan itu.
Mungkin raja Daud ada rasa kesal tentang itu.
Hari ini masih berlaku seperti itu dalam pelayanan kita, apabila ada sesuatu yang kita impikan atau hajatkan dibina tetapi dalam masa hidup seseorang tidak berlaku.
Bukan semua perkara baik yang kita mahu lakukan TUHAN izinkan, itulah kekuasaan TUHAN.
Semoga kita seperti raja Daud sudah diilhamkan TUHAN membina Bait Suci itu pun sudah cukup baik walaupun tidak membina atau melihatnya.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya apa yang kami hazatkan terjadi walaupun bukan dalam masa hidup kami.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 17.3.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment