Imam Zadok dan saudara-saudaranya, para imam, ditinggalkannya di hadapan Khemah Suci TUHAN di bukit pemujaan di Gibeon. Secara tetap, pagi dan petang, mereka harus mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN di atas mazbah korban bakaran, selaras dengan semua yang tertulis dalam hukum Taurat TUHAN, iaitu hukum yang diperintahkan TUHAN kepada orang Israel.
1 Tawarikh 16:39-40
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Bukit pemujaan di Gibeon"
Bab 16 kitab 1 Tawarikh bersambung kisah tabut TUHAN yang berjaya dipindahkan dari rumah Obed-Edom ke Yerusalem, raja Daud meletakkan di dalam khemah yang dibuatnya, kemudian mereka mempersembahkan korban bakaran dan korban kedamaian untuk memohon berkat TUHAN (ay.1-2).
Daud melantik beberapa suku Lewi dan imam untuk bertugas di sana memainkan muzik untuk memuji TUHAN setiap hari (ay.4-7).
Dalam masa yang sama masih ada ibadah korban di bukit pemujaan di Gibeon khemah suci yang dibuat oleh Musa itu, imam Zadok dan para imam yang lain bertugas di sana sesuai hukum Taurat (ay.39-40).
Kenapa dua pusat ibadah ini boleh berlaku, itulah kuasa raja, boleh melakukan apa saja yang difikirkan baik untuk ibadah kepada TUHAN.
Hari ini sekian banyak gereja dan tatacara ibadah dicipta oleh manusia, adakah itu kehendak TUHAN atau manusia?.
Semoga kita tidak tinggalkan ibadah di bukit pemujaan di Gibeon iaitu sesuai kehendak TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya ibadah kami berkenan kepada-Mu.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 5.5.2026.
🎚️
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment