Setelah Daud menjadi tua dan lanjut umur, diangkatnya anaknya, Salomo, menjadi raja atas Israel. Dia menghimpunkan semua pembesar Israel, imam, dan bani Lewi. Bani Lewi yang berumur tiga puluh tahun ke atas dihitung, seorang demi seorang. Jumlah mereka seramai tiga puluh lapan ribu orang lelaki. 1 Tawarikh 23:1-3 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Daud menjadi tua dan lanjut umur" Bab 23 kitab 1 Tawarikh kisah raja Daud pada usia tuanya, ia melantik Salomo menjadi pengganti, dia juga memberi tugas yang sangat jelas kepada bani Lewi yang pada masa itu ada 38 ribu orang lelaki (ay.1-3). Umur Daud lebih kurang 70 tahun tidaklah terlalu tua, perdana menteri Malaysia sekarang pun berumur 70an, masih mampu memimpin dengan baik. Berapa usia kita hari ini, Daud menua masih memberi perhatian pada ibadah dan kerajaan. Atau kita sudah tua tetapi belum berfikir untuk beribadah, keutuhan keluarga, gereja atau rakyat bagi mereka yang berkedudukan. Semoga kita seperti raja Daud menjadi tua dan lanjut umur tetap ambil berat ibadah dan kerajaan supaya tidak berkecamuk selepas ketiadanya. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya diusia tua masih beribadah kepada-Mu dan dapat mengurus keluarga dengan baik. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 12.5.2026.

Comments

Popular Posts