Mereka pun mencabut undi sama seperti saudara-saudara mereka, bani Harun, di depan Raja Daud, Zadok, Ahimelekh, dan ketua kaum keluarga para imam serta bani Lewi. Dalam hal ini seorang ketua kaum keluarga diperlakukan sama dengan saudaranya yang terkecil.
1 Tawarikh 24:31
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mencabut undi"
Bab 24 kitab 1 Tawarikh kisah raja Daud menyusun pelayanan di Bait TUHAN sebelum bangunan didirikan.
Biasanya kita tidak terfikir pun menyusun pelayanan secara teratur kalau bangunan gereja belum didirikan.
Dikatakan mereka mencabut undi untuk menentukan giliran mereka bertugas, bukan ditentukan oleh ketua imam, raja Daud atau senioriti.
Biasanya gereja tidak mengamalkan cabutan undi untuk menentukan giliran melayani, tetapi dibuat oleh gembala, penatua atau pengerusi gereja.
Apa pun sistem tujuannya ialah supaya pelayanan berjalan dengan lancar dan semua pelayan diberi beban yang sama rata.
Perlu juga kita ingat pelayanan di gereja adalah kudus kerana demi TUHAN bukan demi manusia, pelayan memudah cara anggota jemaah memuji dan mendengar pesanan TUHAN, supaya mereka bertaubat dan menjadi dewas dalam rohani.
Semoga kita pun mencontohi mencabut undi bagi menentukan giliran melayani di gereja.
Doa: Tuhan Yesus ajar kami supaya adil membahagikan beban pelayanan.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 13.5.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment