Tidakkah engkau mengetahui hal ini sejak zaman dahulu, sejak manusia ditempatkan di atas bumi, bahawa sorak-sorai orang fasiq sebentar sahaja dan sukacita orang munafik hanya sesaat? Sekalipun keangkuhannya menjulang ke langit dan kepalanya sampai menyentuh awan, dia akan binasa selama-lamanya seperti kotorannya sendiri. Orang yang pernah melihatnya akan bertanya, ‘Di manakah dia?’ Ayub 20:4-7 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Sorak-sorai orang fasiq" Bab 20 kitab Ayub bersambung percakapan kali ini Zofar berkata-kata untuk kali kedua menangapi kata-kata Ayub, sama seperti percakapan pertamanya di bab 11, beranggapan bahawa Ayub orang berdosa, dalam bab ini pula ia mengatakan seolah-olah Ayub orang fasiq kerana kekayaannya yang hilang begitu saja (ay.7). Zofar mengatakan demikian mengikuti pemerhatiannya apa yang berlaku terhadap orang fasiq (ay.4-5). Sehingga hari ini begitulah cara kita berfikir apabila ada kesusahan itu disebabkan oleh hukuman TUHAN, tetapi kitab Ayub sudah memberi jawapan bahawa bukanlah hukuman TUHAN semata-mata tetapi ada perkara rohani yang kita tidak fahami. Semoga kita tidak berfikir apabila sahabat ditimpah kesusahan ia seperti sorak-sorai orang fasiq sebentar sahaja. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak berfikir kesusahan orang lain kerana mereka orang fasiq. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 15.8.2026

Comments

Popular Posts