Maka Bildad, orang Suah, menjawab,
“Kekuasaan dan keajaiban ada pada-Nya.
Dia mengadakan kedamaian di tempat-Nya yang tinggi.
Dapatkah pasukan-Nya dikira?
Atas siapakah cahaya-Nya tidak terbit? ”
Ayub 25:1-3
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mengadakan kedamaian"
Bab 25 kitab Ayub percakapan Bildad untuk kali ketiga sebelum itu percakapannya di bab 8 dan 18 dengan Ayub.
Bildad cuba meyakinkan Ayub bahawa tidak mungkin manusia benar di hadapan TUHAN (ay.4), teringat kita surat Roma bunyinya hampir sama (Roma 3:10).
Bildad juga mengatakan TUHAN yang mengadakan kedamaian (ay.2), atau dalam bahasa Ibrani "Syalom"
Sebenarnya inilah yang Ayub dan para sahabatnya mahukan, begitu juga dengan kita hari ini syalom yang kita perlukan, tetapi dosa menyebab syalom hilang dan manusia cuba mengada syalom dengan harta, makan dan minum, seks, pengetahuan dan sebagai. Tetapi pemberi syalom ialah TUHAN sendiri bukan hasil usaha manusia.
Semoga kita memohon kepada TUHAN mengadakan kedamaian di dalam hidup kita.
Doa: Tuhan Yesus anugerahkan kami kedamaian.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 20.8.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment