Kemudian TUHAN menjawab Ayub dari dalam angin puting beliung,
“Siapakah orang ini yang meragukan hikmah-Ku dengan kata-kata yang tidak berilmu?
Bersiaplah engkau sebagai seorang lelaki;
Aku hendak bertanya kepadamu, dan engkau harus menjawab Aku.
Di manakah engkau ketika Aku meletakkan asas bumi?
Jawablah jika engkau berpengetahuan. ”
Ayub 38:1-4
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kata-kata yang tidak berilmu"
Bab 38 kitab Ayub ialah jawapan TUHAN sendiri kepada Ayub. Selepas para sahabatnya dan Elihu orang muda itu berkata-kata kepada Ayub, tiada seorang pun daripada mereka tahu akan kisah Iblis mahu menguji kesetiaan Ayub kepada TUHAN yang dicatat di awal bab kitab Ayub.
Para sahabat Ayub mengatakan Ayub berdosa sebab itulah dia dihukum oleh TUHAN, Elihu pula menegur Ayub yang membenarkan diri di hadapan TUHAN.
Kali ini TUHAN sendiri berkata-kata kepada Ayub tentang langit dan bumi serta isinya yang kita kenali sebagi ilmu sains.
Antara yang disebut ialah asas bumi (ay.4).
Kita tahun asas bumi ialah tarikan graviti matahari supaya bumi tetap terapung dan diikat menggelilingi matahari.
Sekarang manusia tahu asas bumi itu tetapi bagaimana terbentuk manusia tidak tahu.
Semakin banyak manusia tahu semakin banyak pula ketakjuban mereka terhadap ciptaan itu. Manusia hanya boleh mengetahui tentang bumi tetapi tidak dapat mencipta bumi.
Semoga kita insaf pengetahuan manusia sangat terbatas, banyak kata-kata yang tidak berilmu keluar dari mulut kita seperti Ayub.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya percaya kepada-Mu walaupun kami tidak memahami sepenuhnya.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 1.9.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment