Aku bosan dengan hidupku.
Aku hendak melampiaskan keluhanku,
aku hendak berbicara dalam kepahitan jiwaku.
Aku hendak berkata kepada Allah,
‘Jangan mengecam aku.
Beritahulah aku mengapa Engkau berperkara dengan aku.
Adakah baik bagi-Mu bahawa Engkau menindas aku,
bahawa Engkau memandang hina karya tangan-Mu,
sementara Engkau menerangi rancangan orang fasiq?
Ayub 10:1-3
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Aku bosan dengan hidupku"
Bab 10 kitab Ayub bersambung kata-kata Ayub kepada Bildad dari Suah sahabatnya itu, nada Ayub kali ini seolah-olah mahu bertanya kepada TUHAN kenapa semua ini berlaku dalam hidupnya.
Ayub mengatakan "aku bosan dengan hidupku" (ay.1).
Bosan salah satu masalah jiwa manusia yang boleh membunuh kalau tidak ditangani dengan bijak.
Ada yang minum alkohol, merokok, ambil bahan pengkhayal dan sebagainya sebab mahu menghilangkan bosan.
Tetapi kalau bijak mengurus kebosanan boleh menjadi sumber tenaga yang sangat berkuasa.
Contoh melakukan aktiviti fizikal, belajar secara dalam talian, mencipta sesuatu yang berguna dan sebagainya.
Ayub memang wajar ada perasaan bosan dan putus asa sebab kehilangan segala-galanya tinggal lagi isteri itu pun tidak memihaknya.
Semoga kita bijaksana mengurus kebosanan sebab semua orang pernah mengatakan "aku bosan dengan hidupku"
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat mengurus kebosanan kami.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 5.8.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment