Ayub melanjutkan huraiannya, katanya, “Demi Allah yang hidup, yang telah mengambil hakku, demi Yang Maha Kuasa, yang telah membuat jiwaku menjadi getir, selagi aku masih lagi bernyawa dan nafas Allah masih di dalam lubang hidungku, bibirku tidak akan mengatakan kezaliman dan lidahku tidak akan mengungkapkan penipuan; ” Ayub 27:1-4 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "lidahku tidak akan mengungkapkan penipuan" Bab 27 kitab Ayub sambungan kata-kata Ayub menjawab Bildad, Ayub ada menyebut nafas TUHAN yang memberi hidup kepadanya (ay.3), sejajar dengan kisah penciptaan di mana manusia menjadi makhluk yang hidup kerana hidungnya dihembusi oleh TUHAN (Kej.2:7). Dalam tradisi orang Rungus juga percaya ada kuasa yang memberi kehidupan kepada manusia iaitu Kinoringan yang menentukan jangka hayat seseorang. Ayub kekal dengan pendiriannya bahawa dia tidak pernah menipu dia mengatakan "lidahku tidak akan mengungkapkan penipuan" Kalau benar seperti itu mungkin Ayub satu-satu manusia yang tidak pernah menipu atau berbohong. Semoga kita seperti Ayub "lidahku tidak akan mengungkapkan penipuan" Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak mengungkapkan penipuan. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 22.8.2026

Comments

Popular Posts