“Perhatikanlah, wahai Ayub, dengarlah aku. Berdiam dirilah, aku hendak berbicara. Jika ada yang ingin kaukatakan, jawablah aku. Bicaralah, kerana aku ingin membenarkan engkau. Jika tidak, dengarlah aku. Berdiam dirilah, aku akan mengajarkan hikmah kepadamu.” Ayub 33:31-33 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Berdiam dirilah" Bab 33 kitab Ayub bersambung kata-kata Elihu salah seorang yang bersama Ayub tetap bukan sahabat Ayub, dia agak muda berbanding para sahabat Ayub (Ayu.32:4). Idea utama Elihu ialah marah kepada Ayub kerana membenarkan diri di hadapan TUHAN (ay.9-10). Bagi Elihu tiada yang benar pada manusia sebab hanya dibentuk daripada tanah liat (ay.6). Walaupun begitu Elihu mahu Ayub berdiam diri supaya mendengar dia berkata-kata mengajar hikmah (ay.33). Salah satu masalah manusia sukar berdiam diri untuk belajar, sebab itu sedikit yang mahu belajar secara formal sebab perlu berdiam diri berjam-jam, apa lagi yang mengajar itu lebih muda berbanding yang diajar. Semoga kita boleh berdiam diri untuk belajar hikmah daripada seseorang yang berilmu supaya kita pun berhikmah. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya boleh berdiam diri di hadapan-Mu untuk belajar. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 28.8.2026.

Comments

Popular Posts