Aku telah mengikat perjanjian dengan mataku, bagaimana mungkin kupandang anak dara dengan berahi? Apakah bahagianku daripada Allah di atas, atau harta pusakaku daripada Yang Maha Kuasa di tempat yang tinggi? Ayub 31:1-2 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mengikat perjanjian dengan mataku" Bab 31 kitab Ayub kata-kata penutup jawapannya kepada Bildad, dia tetap mempertahankan diri bahawa tidak berdosa, kali ini Ayub mengatakan matanya pun tidak memandang anak dara dengan berahi (ay.1). Mungkin Ayub mengawal pandangan matanya supaya tidak timbul berahi, kerana memandang dengan berahi pun satu dosa (Mat.5:28). Siapa yang tidak pernah berahi melalui pandangan mata, kalau benar Ayub tidak pernah, mungkin dia satu-satu manusia yang tidak pernah berahi melalui pandangan mata. Berahi melalui pandangan mata mungkin tidak boleh dielakkan tetapi boleh kurangkan atau dipadamkan sebelum membakar diri. Semoga kita seperti Ayub mengikat perjanjian dengan mataku supaya tidak memandang anak dara dengan berahi. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya berahi kami kepada isteri atau suami sahaja. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 26.8.2026.

Comments

Popular Posts