Kemudian Ayub menjawab, “Bahkan hari ini pun keluhanku getir, tekananku berat, begitu juga keluh-kesahku. Sekiranya aku tahu di mana aku boleh menemui Dia, sehingga aku boleh datang ke tempat Dia bersemayam! Aku akan menyusun perkaraku di hadapan-Nya dan memenuhi mulutku dengan pembelaan. ” Ayub 23:1-4 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari kita belajar tema "memenuhi mulutku dengan pembelaan" Bab 23 kitab Ayub jawapannya kepada Elifas percakapan ketiga antara mereka berdua. Ayub tetap mempertahakan diri bahawa dia bukan seperti yang dikatakan oleh Elifas di bab 22. Kali ini Ayub mula berkata-kata kepada TUHAN agar perkaranya didengar dan mahu membela diri (ay.4). Inilah yang dikatakan tekad berhadapan dengan TUHAN, Ayub satu-satunya tokoh dalam Alkitab yang berani berkata demikian. Kenapa semua percakapan Ayub dan para sahabatnya sehingga melibat TUHAN sebab mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku antara TUHAN dan Iblis yang dikatakan dalam Bab 1 dan 2. Begitulah manusia tidak dapat mengetahui apa yang sedang dan akan berlaku pada dirinya, mungkin juga ada kisah dibalik tabir antara TUHAN dan Iblis. Semoga kita tidak seperti Ayub berani mahu membela diri di hadapan TUHAN dengan mengatakan memenuhi mulutku dengan pembelaan. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak berfikir kami ada keupayaan membela diri di hadapan-Mu. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 18.8.2026.

Comments

Popular Posts