Tetapi kamu, kamu yang menutupi kebohongan, kamu semua tabib yang tidak berguna! Andai kamu berdiam diri sahaja, itu akan menjadi hikmahmu. Dengarlah pembelaanku dan perhatikanlah bantahan bibirku. Ayub 13:4-6 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tabib yang tidak berguna" Bab 13 kitab Ayub bersambung kata-kata Ayub, nadanya agak marah dan kecewa terhadap para sahabatnya, kali ini dia memanggil mereka tabib yang tidak berguna (ay.4) tidak pasti adakah mereka ini tabib atau hanya kata kiasan, kita tahu kalau tabib yang tidak berguna maksudnya tidak mampu mengubati samalah dengan para sahabat Ayub datang dengan tujuan bersimpati, menghiburkan dan menguatkan tetapi sebaliknya menambah pula penderitaan Ayub. Ayub lebih suka kalau para sahabatnya berdiam diri (ay.5). Walaupun kita tidak suka berdiam diri biasanya para pelayan Tuhan suka bercakap tanpa henti dalam persekutuan atau dalam kunjungan kasih berbanding mendengar anggota jemaah berkata-kata. Semoga kita tidak seperti para sahabat Ayub ibarat tabib yang tidak berguna. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya kami menjadi tabib yang berguna. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 8.8.2026.

Comments

Popular Posts