Maka Elifas, orang Teman, menjawab, “Bergunakah manusia bagi Allah? Sesungguhnya, orang yang berhikmah berguna bagi dirinya sendiri. Adakah Yang Maha Kuasa senang hati kalau engkau benar? Apa untungnya bagi Dia kalau jalanmu tidak bercela? ” Ayub 22:1-3 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Berhikmah berguna bagi dirinya sendiri" Bab 22 kitab Ayub merupakan jawapan ketiga Elifas sahabat Ayub itu, hujahnya masih sama mengatakan Ayub berdosa, mungkin hanya tuduhan dikatakan Ayub mengambil gadaian sewenang-wenangnya, sehingga orang telanjang (ay.6). Elifas juga mengatakan tidak ada guna bagi TUHAN hikmah, kebenaran dan takwah Ayub (ay.2-3). Kalau kita di tempat Ayub sudah tentu bertambah kesedihan bukan mengurangkan kesedihan. Memang benar hikmah berguna untuk diri sendiri, kalau ada yang mahu mendengar syukurlah tetapi biasanya tidak ramai yang mahu mendengar malah ramai yang tidak setuju. Semoga orang berhikmah berguna bagi dirinya sendiri tidak semestinya berguna kepada orang lain. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya hikmah yang kami ada sekurang-kurangnya berguna untuk diri kami sendiri. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 17.8.2026.

Comments

Popular Posts