Semangatku patah, hari-hariku punah,
kubur menantikan aku.
Sesungguhnya, orang yang mengejek-ejek mengelilingiku,
dan mataku terus menyaksikan sindiran mereka.
Jaminlah aku dengan diri-Mu sendiri.
Sesiapa lagi yang dapat membuat perjanjian penjaminan dengan aku?
Ayub 17:1-3
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Semangatku patah"
Bab 17 kitab Ayub bersambung kata-kata Ayub menjawab Elifas, kali ini Ayub katakan "semangatku patah, hari-hariku punah, kubur menanti aku" (ay.1)
Wajarlah Ayub berkata demikian sebab semua yang dia miliki hilang sekelip mata termasuk semua anaknya, siapa yang tidak patah semangat. Gara-gara ada pertaruhan di syurga tentang imannya dia menjadi bahan uji.
Tetapi Ayub tetap berharap kepada TUHAN menjaminnya dengan TUHAN sendiri (ay.3). Mungkin Ayub bermaksud mengampuni dia demi nama TUHAN sendiri.
Seperti mana teologi penyelamat dalam Alkitab nampaknya Ayub senada.
Mungkin ada yang patah semangat hari ini, kerana kehilangan sesuatu atau seseorang, kita tidak mampu mengubah keadaan dan kita tidak tahu apa yang sedang berlaku, hanya mampu berharap kepada belas kasihan TUHAN.
Semoga dalam keadaan semangatku patah TUHAN memberi kekuatan semula.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami semangat untuk meneruskan kehidupan.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
12.8.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment