Lalu Elihu berkata, “Inikah yang kauanggap adil sehingga engkau berkata, ‘Aku lebih benar daripada Allah’ Engkau bertanya, ‘Apakah gunanya bagiku? Apakah faedahnya bagiku kalau aku tidak berdosa?’ Jika engkau benar, apakah yang kauberikan kepada-Nya? Atau, apakah yang Dia terima daripada tanganmu? ” Ayub 35:1-3, 7 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Aku lebih benar daripada TUHAN" Bab 35 kitab Ayub bersambung kata-kata Elihu membidas Ayub dan para sahabatnya, mungkin Elihu juga melebih-lebih terhadap Ayub sehingga dia mengatakan Ayub menganggap dirinya lebih benar daripada TUHAN (ay.2). Bagi Elihu benar mana sekali pun manusia apa yang dia boleh berikan kepada TUHAN (ay.7). Teringat kita Mazmur Daud yang mengatakan persembahan yang TUHAN mahu ialah hati yang remuk (Maz.51:19), bukan hati yang membenarkan diri seperti perumpaan Tuhan Yesus orang Farisi dan pemugut cukai, si Farisi membenarkan diri, si pemugut cukai amat kesal doanya diterima dan dibenarkan oleh TUHAN (Luk.18:9-14). TUHAN tidak berkenan membenarkan diri di hadapan-Nya itulah idea Elihu. Kita perlu berhati-hati jangan sampai membenarkan diri terutama ketika menyampaikan khutbah. Semoga kita tidak berfikir aku lebih benar berbanding TUHAN. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak berfikir ada kebenaran dalam diri kami. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 29.8.2026.

Comments

Popular Posts