Dia membuka telinga mereka bagi pengajaran dan menyuruh mereka bertaubat daripada kejahatan. Jika mereka mendengar dan mahu beribadat, maka mereka akan menghabiskan hari-hari mereka dalam kemakmuran dan tahun-tahun mereka dalam kenikmatan. Tetapi jika mereka tidak mendengar, maka mereka akan dilenyapkan oleh lembing dan putus nyawa tanpa pengetahuan. Ayub 36:10-12 Konsapatan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tema "Mendengar dan mahu beribadat" Bab 36 kitab Ayub bersambung kata-kata Elihu terhadap Ayub dan para sahabatnya, idea Elihu dalam bab ini seolah-olah mahu mengatakan Ayub berdosa dan perlu bertaubat. Elihu beranggapan kesusahan yang menimpah Ayub merupakan hukuman daripada TUHAN (ay.9-10). Seperti mana yang fikirkan oleh para sahabat Ayub. Hari ini pun masih ada yang berfikir seperti itu apabila berlaku kesusahan terhadap seseorang, kita pun berfikir apalah dosa orang itu. Tetapi kalau hidupnya mewah, sihat, berjaya dan sebagainya kita pun mula iri hati. Sebab itulah kita semua perlu mendengar dan mahu beribadat supaya kita belajar daripada kebenaran firman TUHAN dan bukan melalui prasangka seperti para sahabat Ayub dan Elihu sendiri. Semoga kita mendengar dan mahu beribadat hari ini. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya mendengar firman-Mu dan belajar semasa dalam ibadah. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 30.8.2026.

Comments

Popular Posts