Lalu Ayub menjawab,
“Sesungguhnya, aku tahu sedemikian halnya.
Tetapi bagaimana mungkin seorang manusia benar di hadapan Allah?
Jika dia ingin bertikai dengan-Nya,
maka tidak ada satu pun daripada seribu pertanyaan dapat dijawabnya. ”
Ayub 9:1-3
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Bagaimana mungkin seorang manusia benar di hadapan TUHAN"
Bab 9 kitab Ayub sambungan dialog dia dengan sahabatnya yang bernama Bildad dari Suah.
Kali ini Ayub pula berkata-kata menjawab Bildad, Ayub mengakui bahawa tidak mungkin manusia benar di hadapan TUHAN (ay.2).
Teologi manusia tidak mungkin benar di hadapan TUHAN memunculkan teologi penyelamat supaya manusia boleh menjadi benar di hadapan TUHAN melalui Tuhan Yesus.
Selagi kita mengakui manusia tidak mungkin benar di hadapan TUHAN selagi itu kita memerlukan penyelamat.
Semoga kita seperti Ayub sedar bagaimana mungkin seorang manusia benar di hadapan TUHAN, melainkan dibenarkan oleh Kristus.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya selalu ingat manusia tidak mungkin benar di hadapan TUHAN, supaya kami tidak sombong.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 4.8.2026
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment