Tetapi Ayub menjawab,
“Berapa lama lagi kamu hendak menyeksa jiwaku
dan menghancurkan aku dengan perkataan?
Sekarang sudah sepuluh kali kamu menghina aku.
Kamu tidak malu bertindak keliru terhadap aku.
Kalau aku sungguh berbuat salah,
kesalahanku itu tetap tinggal padaku. ”
Ayub 19:1-4
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menghancur aku dengan perkataan"
Bab 19 kitab Ayub ialah jawapan Ayub kepada sahabatnya Bildad, tema percakapan mereka sama seperti percakapan pertama, Bildad masih beranggapan bahawa Ayub berdosa kepada TUHAN, Ayub pula menafikan (ay.4).
Malah Ayub mengatakan para sahabatnya menyeksa jiwa, menghancurkan dan menghinanya (ay.2-3).
Salah faham begini boleh dikurangkan kalau masing-masing cuba memahami, bersimpati, memberi penghiburan dan tanpa prasangka.
Mungkin para sahabat Ayub orang yang berpengalaman, berpengetahuan dan tingkat sosial yang tinggi sebab itu mereka berani menegur Ayub walaupun tidaklah benar apa yang mereka fikirkan terhadap Ayub.
Kunjungan penghiburan perlu dielakkan prasangka yang bukan-bukan terhadap orang yang kita kunjungi, terima seadanya orang itu tidak perlu banyak kata-kata.
Semoga kita tidak seperti para sahabat Ayub yang menghancurkan aku dengan perkataan.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak menghancurkan orang lain dengan perkataan.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 14.8.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment