Dengarlah baik-baik kata-kataku.
Biarlah itu menjadi penghiburanmu.
Mengapakah orang fasiq terus hidup,
menjadi tua bahkan bertambah-tambah kekuatannya?
Keturunan mereka mapan di hadapan mereka dan bersama dengan mereka,
anak cucu mereka di hadapan mata mereka.
Rumah-rumah mereka aman, tidak ada yang berasa takut;
tongkat penghukuman Allah tidak menimpa mereka.
Ayub 21:2, 7-9
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Orang fasiq terus hidup"
Bab 21 kitab Ayub ialah jawapan Ayub kepada Zofar sahabatnya itu, Ayub mahu kata-katanya didengar baik-baik oleh sahabatnya, biarlah itu menjadi penghiburan mereka (ay.2). Sepatutnya Ayublah yang dihiburkan bukan para sahabat.
Ayub bertanya mengapakah orang fasiq terus hidup, sehingga tua malah bertambah kekuatannya, keturunan mampan, ada anak cucu, rumah mereka aman, tiada hukuman TUHAN (ay 7-9).
Mungkin kita pun ada pemerhatian seperti itu orang yang kita anggap fasiq hidup sejahtera tetapi orang yang kita anggap rohani banyak pula masalah, kita pun rasa kesal terhadap mereka malah kesal terhadap TUHAN, seperti mana yang fikirkan oleh Ayub mengapa orang fasiq terus hidup? (ay.7).
Tetapi sekali lagi kita tidak mengetahui kisah orang fasiq itu begitu juga orang rohani itu siapa tahu seperti kisah Ayub.
Semoga kita tidak mempersoalkan kenapa orang fasiq terus hidup dengan sejahtera, sebab itu merupakan kekuasaan TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak berfikir TUHAN tidak adil.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 16.8.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment