Mengapakah Yang Maha Kuasa tidak menentukan masa penghakiman? Mengapakah kalangan yang mengenal Dia tidak melihat hari pengadilan-Nya? Ada orang yang memindahkan batas tanah, mereka merampas kawanan ternak lalu menggembalanya. Ayub 24:1-2 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Masa penghakiman" Bab 24 kitab Ayub bersambung kata-kata Ayub menjawab Elifas, kali ini Ayub seolah-olah mahu melihat hari penghakiman terhadap orang jahat yang memindahkan batas tanah, merampas ternak, mengambil lembu seorang balu sebagai gadaian (ay.1-3), pembunuh (ay.14), penzina (,ay.15). Pada zaman kita pun masih ada orang jahat, melakukan pembunuh seperti kisah 18 tahun lepas seorang pelajar tahun akhir UMS dibunuh, tidak diketahui siapa pembunuh. Kalau boleh kita mahu pelaku dihukum. Mungkin itulah yang Ayub fikirkan hukuman terhadap orang jahat, sebagi orang percaya kita tahu hukuman TUHAN boleh berlaku sepanjang masa melalui undang-undang negara atau dari alam atau kehidupan yang tidak baik. Semoga kita dapat melihat masa penghakiman TUHAN terhadap orang jahat. Doa: Tuhan Yesus hukumlah orang jahat supaya tiada lagi kejahatan di muka bumi. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 19.8.2026.

Comments

Popular Posts