“pada saat itulah Dia melihat hikmah dan menyatakannya.
Dia menetapkannya, bahkan menyelidikinya.
Lalu kepada manusia Dia berfirman,
‘Sesungguhnya, takut kepada Tuhan, itulah hikmah,
dan menjauhi kejahatan, itulah pengertian.’ ”
Ayub 28:27-28
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Takut kepada TUHAN itulah hikmah"
Bab 28 kitab Ayub sambungan kata-kata Ayub menjawab Bildad, kali ini tema perkataan Ayub tentang hikmah yang agak sejajar dengan Amsal (Ams.9:10). Mungkinkah ada kena mengena dengan Amsal dan Ayub atau tradisi pemikiran itu sudah diwarisi bahawa takut kepada TUHAN itulah hikmah (ay.28).
Hari ini apa pula maksud hikmah bagi kita? Bagi saya kasih ialah hikmah, boleh dikatakan itulah ubat terhadap semua masalah hidup manusia hari ini.
Semoga kita seperti Ayub tahu takut kepada TUHAN itulah hikmah.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya mengetahui dan hidup dalam hikmah.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 23.8.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment