Elihu anak Barakheel, orang Bus itu, berkata,
“Aku ini masih muda, sedangkan kamu sudah tua,
sebab itu aku segan dan takut menyatakan pendapatku kepadamu.
Fikirku, ‘Yang berumurlah yang harus berbicara,
yang banyak tahunnyalah yang harus mengajarkan hikmah.’
Tetapi roh di dalam diri manusia, iaitu nafas Yang Maha Kuasa,
itulah yang memberikan pengertian kepadanya. ”
Ayub 32:6-8
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Aku ini masih muda"
Bab 32 kitab Ayub percakapan watak baharu yang muncul iaitu Elihu, dia bukan sahabat Ayub tetapi entah macam mana dia bersama mereka sejak awal percakapan Ayub dan para sahabatnya (ay.3).
Elihu marah kepada Ayub kerana membenarkan diri di hadapan TUHAN dan bukan membenarkan TUHAN (ay.2).
Kita pun begitu selalu membenarkan diri sendiri bukan membenarkan TUHAN.
Elihu juga marah kepada para sahabat Ayub sebab gagal memberi jawapan yang benar terhadap persoalan Ayub malah menyalahkan dia (ay.3).
Biasanya begitulah cara kita menjawab seseorang kalau kita tidak tau jawapan menyalahkan orang itu.
Sebenarnya Elihu mahu berkata-kata dari awal tetapi dia segan terhadap para sahabat Ayub kerana mereka lebih tua, tetapi malangnya mereka tidak dapat mengajar hikmah kepada Ayub, sebab roh TUHAN yang memberi hikmah tidak mengira umur (ay.7-8).
Saya juga setuju dengan Elihu, ramai pensyarah di seminari yang jauh lebih muda berbanding dengan pelajarnya.
Semoga kita ingat Roh TUHAN yang memberi hikmah kepada seseorang sebab itu jangan berfikir aku ini masih muda, sedangkan kamu sudah tua mana boleh saya yang mengajar kamu.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak memandang rendah orang yang lebih muda atau sebaliknya sebab hikmah diberikan tanpa mengira umur.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 27.8.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment