Apakah manusia itu sehingga dia tidak bercela,
atau yang dilahirkan perempuan itu sehingga dia tidak bersalah?
Sesungguhnya, para malaikat suci-Nya pun tidak dipercayai-Nya
dan segala langit pun tidak bersih pada pandangan-Nya;
Ayub 15:14-15
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Apakah manusia itu sehingga dia tidak bercela"
Bab 15 kitab Ayub sahabat Ayub yang bernama Elifas berkata-kata lagi selepas dua sahabat Ayub selesai berkata-kata, tujuan para sahabat Ayub datang mengziarahi kerana bersimpati, tetapi lain yang berlaku pertemuan mereka menjadi medan perdebatan antara Ayub dan para sahabatnya.
Para sahabat bersekeras meyakinkan Ayub berdosa Ayub pula mempertahankan diri bahawa dia tidak berdosa terhadap TUHAN.
Elifas kali ini dia mengatakan apakah manusia itu sehingga tidak bercela atau yang dilahirkan perempuan (ay.14).
Memang semua orang berdosa menurut teologi Alkitab, sebab itulah kitab Ayub diakui.
Orang yang tidak mengaku berdosa dengan sendiri menentang Alkitab.
Semoga kita mengakui apakah manusia itu sehingga dia tidak bercela.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat mengaku kami orang berdosa yang memerlukan belas kasihan TUHAN.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 10.8.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment