Ayub melanjutkan huraiannya, katanya,
“Kalaulah aku seperti dalam bulan-bulan yang silam,
seperti semasa hari-hari Allah melindungiku,
ketika pelita-Nya bersinar di atas kepalaku
dan dengan cahaya-Nya aku berjalan dalam kegelapan.
Kalaulah aku seperti pada masa mudaku,
ketika persahabatan Allah menaungi khemahku; ”
Ayub 29:1-4
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Hari-hari TUHAN melindungiku"
Bab 29 kitab Ayub sambungan kata-kata Ayub menjawab Bildad, agak panjang perkataan Ayub, melalui kata-katanya kita boleh mengagak apa yang dia fikirkan tentang TUHAN, rupanya Ayub menganggap TUHAN tidak melindungi dia lagi (ay.2).
Memang benar TUHAN yang mengizinkan kesusahan menimpa Ayub demi membuktikan kepada Iblis bahawa Ayub setia kepada-Nya (Ayu.1:8).
Ayub tidak tahu pun perkara itu, kalau dia mengetahuinya sudah tentu dia tenang sahaja dan terus memuji TUHAN.
Ayub juga membandingkan keadaan hidupnya sebelum ditimpa kesusahan, dia sangat dihormati dalam masyarakat, dia juga membantu orang miskin, para balu dan orang buta, ibarat dia raja bagi mereka (ay.7-25)
Semoga kita tahu hari-hari TUHAN melindungiku itulah saat bahagia bagi kita, tanpa perlindungan-Nya hidup kita penuh penderitaan.
Doa: Tuhan Yesus lindungilah hidup kami.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 24.8.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment