Yosua 9:27
Tetapi Yosua menjadikan orang Gibeon itu abdi. Mereka mesti membelah kayu dan mengangkat air untuk umat Israel dan untuk mazbah TUHAN. Sampai hari ini mereka masih melakukan tugas itu di tempat yang dipilih oleh TUHAN sebagai tempat beribadat kepada-Nya.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menjadikan orang Gibeon itu abdi"
Bab 9 kitab Yosua kisah orang Gibeon yang menduduk kota-kota Gibeon, Kefira, Beerot dan Kiryat-Yearim (ay.17) menipu Yosua serta para pemimpin orang Israel dengan berpura-pura dari negeri jauh yang mahu berdamai dengan Yosua (ay.3-15), silapnya lagi Yosua tidak meminta petunjuk TUHAN (ay.16), sebenarnya mereka berada berhampiran dengan perkhemahan di Gilgal.
Selepas menyedari ditipu Yosua menjatuhkan hukuman terhadap orang Gibeon menjadi abdi kepada orang Israel (ay.27).
Hari ini pun penipu ada di mana-mana terutama ketika kempen PRN atau PRU tabur janji itu memang biasa, tetapi tidak mampu dilaksanakan sebab memang tidak mampu.
Semoga kita bijaksana jangan seperti orang Gibeon Yosua menjadikan orang Gibeon itu abdi kerana menipu.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak menjadi penipu dan tertipu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 28.11.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment