Yosua 7:20-21
Akhan menjawab, “Sesungguhnya saya telah berdosa terhadap TUHAN, Allah Israel. Inilah yang saya lakukan. Saya mendapati sehelai jubah yang cantik buatan Babilonia, perak seberat hampir dua kilogram, dan sebatang emas yang beratnya lebih daripada setengah kilogram di antara barang-barang jarahan itu. Saya begitu menginginkan barang-barang itu sehingga saya mengambilnya. Barang-barang itu tertanam di tanah di dalam khemah saya; perak itu terletak di bawah sekali.”
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Sesungguhnya saya telah berdosa terhadap TUHAN"
Bab 7 kitab Yosua kisah orang Israel tidak dapat menggalahkan kota Ai walaupun lebih kecil daripada kota Yerikho (ay.3).
Ini disebabkan ada rakyat yang mengambil barang dikhaskan untuk TUHAN dari kota Yerikho. Iaitu jubah, perak dan emas, pelakunya ialah Ahkan dari suku Yehuda (ay.17-19).
Ahkan mengaku bersalah tetapi tetap dihukum mati malah semua harta dan ahli keluarganya dibunuh (ay.22-26).
Begitulah keras hukum Taurat, mungkin itulah cara pada zaman itu menghukum pesalah berbanding zaman sekarang tidak semudah itu menghukum mati seseorang.
Tuhan Yesus telah membuat satu perubahan besar tentang hukuman mati, Dia memberi peluang untuk persalah bertaubat (Yoh.8:11).
Semoga kita tidak seperti Ahkan "Sesungguhnya saya telah berdosa terhadap TUHAN" bertaubatlah selagi ada peluang.
Doa: Tuhan Yesus kami semua berdosa, ampuni kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 26.11.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment