Ulangan 19:21 Dalam hal-hal demikian, jangan tunjukkan belas kasihan. Hukuman itu harus berupa: nyawa ganti nyawa, mata ganti mata, gigi ganti gigi, tangan ganti tangan, dan kaki ganti kaki.” Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Gigi ganti gigi" Bab 19 kitab Ulangan Musa mengingatkan kembali guna kota perlindungan, iaitu untuk pembunuh yang tidak sengaja (ay.1-13), larangan tidak mengalihkan sempadan tanah (ay.14), peraturan sekurang-kurang dua orang saksi, kalau didapati tidak benar kesaksian mereka itulah yang dihukum menurut dakwaan mereka (ay.15-19) dan yang terakhir hukuman berkonsepkan nyawa ganti nyawa, mata ganti mata, gigi ganti gigi, tangan ganti tangan dan kaki ganti kaki. Hari ini konsep hukum untuk menyelamat, memperbaiki, memperbetul dan berbelas kasihan, tetapi kalau seseorang tidak juga bertaubat dengan sendiri dia memilih dihukum gigi ganti gigi. Semoga kita bertaubat sebelum gigi ganti gigi menjadi hukuman. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya bertaubat jangan sampai kami dihukum gigi ganti gigi. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 4.11.2025.

Comments

Popular Posts