Ulangan 20:10-11
Apabila kamu menyerang sebuah kota, terlebih dahulu berilah penduduk kota itu peluang untuk menyerah diri. Jika mereka membuka pintu gerbang dan menyerah diri, mereka akan menjadi hamba kamu dan melakukan kerja paksa.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Peluang untuk menyerah diri"
Bab 20 kitab Ulangan Musa mengingatkan kembali tentang peraturan perang, bermula dengan imam memberi kata-kata iaitu jangan hilang semangat, jangan takut dan cemas TUHAN menyertai dan memberi kemenangan (ay.2-3).
Walau bagaimanapun kalau boleh peperangan perlu dielakkan dengan memberi peluang untuk menyerah diri kepada penduduk kota yang akan diserang (ay.10).
Hari ini selalu kita dengar plan damai dan rundingan damai demi mengelakkan peperangan.
Semoga negara yang ada konflik diberi peluang untuk menyerah diri untuk elakkan peperangan.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya berdamai elakkan peperangan.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 5.11.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment