Yosua 8:18-19
Kemudian TUHAN berfirman kepada Yosua, “Acungkanlah tombakmu ke arah kota Ai; Aku akan memberikan kota itu kepadamu.” Yosua pun melakukannya. Sebaik sahaja Yosua mengangkat tangannya, askar-askar yang bersembunyi segera bangkit, lalu lari ke dalam kota itu dan menyerangnya. Mereka merebut kota itu lalu terus membakarnya.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Acungkanlah tombakmu ke arah kota Ai"
Bab 8 kitab Yosua kisah bagaimana orang Israel memusnahkan kota Ai atas perintah TUHAN melalui Yosua.
Kali ini TUHAN membenarkan mereka mengambil harta benda dan ternak untuk diri sendiri dari kota Ai (ay.2).
Yosua menggunakan teknik perang zaman kuno yang sangat berkesan, sebahagian askar bersembunyi dan sebahagian menampakkan diri seolah-olah mahu bertempur secara terbuka. Tetapi hanya pancingan agar askar kota Ai meninggalkan kota untuk menyerang dan mengajar pasukan itu. Ketika kota terbiar kumpulan askar yang bersembunyi keluar menyerang membinasakan kota dan penduduknya (ay.19), dalam masa yang sama
TUHAN memberikan perintah kepada Yosua mengacungkan tombaknya ke arah kota Ai (ay.18).
Perang bukan hanya kekuatan tetapi teknik yang sesuai setiap peperangan dan sudah tentu petunjuk dari TUHAN.
Semoga kita seperti Yosua Acungkanlah tombakmu ke arah kota Ai menurut perintah TUHAN iaitu bertindak demi TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat mengacungkan tombak iaitu doa kami kepada-Mu setiap kali iman kami diserang.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 27.11.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment