Ulangan 22:23-24
Andaikata di suatu kota ada seorang lelaki tertangkap basah ketika bersetubuh dengan seorang gadis yang sudah bertunang dengan orang lain, kamu harus membawa mereka berdua ke luar kota dan merejam mereka sampai mati. Gadis itu mesti dihukum mati kerana dia tidak berteriak minta pertolongan walaupun dia berada di dalam kota, dan suaranya mudah didengar orang. Lelaki itu juga mesti dihukum mati kerana dia bersetubuh seorang gadis yang sudah bertunang. Dengan demikian kamu membasmi kejahatan itu.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Membasmi kejahatan"
Bab 22 kitab Ulangan Musa memberi beberapa perintah yang belum disebut pada kitab Taurat yang lain, iaitu tentang mengembalikan kepada pemilik ternak yang kehilangan ternak sekirannya seseorang menjumpai atau pakaian yang hilang (ay.1), kemudian larangan lelaki berpakaian perempuan atau sebaliknya (ay.5), larangan mengambil induk burung dalam sarang (ay.6) dan banyak lagi yang berkaitan dengan kesejahteraan hidup sehari-hari.
Hukuman untuk membasmi kejahatan perzinaan sangat keras iaitu direjam sampai mati, antaranya kalau seorang perempuan bertunang dan didapati bersetubuh dengan lelaki lain (ay.13-30)
Kita ingat ketika Maria bertunang dengan Yusuf, masyarakat boleh merejam Maria sampai mati kalau Yusuf tidak mahu bertanggungjawab.
Semoga kita dapat membasmi kejahatan perzinaan.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak jatuh dalam dosa perzinaan.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 7.11.2025
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment