Yosua 3:7-8 TUHAN berfirman kepada Yosua, “Apa yang Aku lakukan hari ini akan menyebabkan semua umat Israel sangat menghormati engkau. Mereka akan sedar bahawa Aku menyertai engkau sebagaimana Aku menyertai Musa. Perintahlah imam-imam yang membawa Tabut Perjanjian itu supaya masuk ke dalam sungai setibanya mereka di situ, dan berdiri dekat tebingnya.” Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Aku menyertai engkau" Bab 3 kitab Yosua kisah orang Israel menyeberangi sungai Yordan, cerita sejak 40 tahun yang lalu akhirnya menjadi kenyataan. Dahulu TUHAN membelah laut sekarang membelah sungai Yordan, kedua-dua peristiwa itu demi meyakinkan rakyat bahawa Dia menyertai pemimpin yang dipilih-Nya dan kepada pemimpin itu sendiri sebagai bukti Aku menyertai engkau seperti Aku menyertai Musa kata TUHAN kepada Yosua (ay.7). Hari ini adakah pemimpin kita ada bukti penyertaan TUHAH? Adakah mereka membelah sungai Yordan membawa jemaah menyeberanginya atau masih lagi di gurun iaitu rohani yang kering tidak maju. Semoga kita mempunyai pemimpin yang ada bukti Aku menyertai Engkau seperti Aku menyertai Musa. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya Engkau menyertai para pemimpin kami. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 22.11.2025.

Comments

Popular Posts