Ulangan 33:8-9 Tentang suku Lewi, dia berkata, “Ya TUHAN, nyatakanlah kehendak-Mu melalui Urim dan Tumim, dengan perantaraan orang Lewi, hamba-hamba-Mu yang setia. Engkau telah menguji mereka di Masa, dan membuktikan kesetiaan mereka di mata air Meriba. Mereka telah menunjukkan kesetiaan kepada-Mu yang melebihi kesetiaan kepada ibu bapa, saudara, atau anak. Mereka mentaati perintah-Mu dan setia kepada perjanjian-Mu. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Membuktikan kesetiaan" Bab 33 kitab Ulangan Musa memberkati suku-suku Israel cuma ada satu suku yang tidak disebut iaitu suku Simeon, tidak pasti kenapa, mungkin Musa ada pengalaman pahit dengan suku ini atau dia terlupa. Antara berkat yang diucapkan oleh Musa iaitu kepada suku Lewi memuji mereka kerana kesetiaan mentaati perintah TUHAN, satu-satunya suku yang berpihak kepada TUHAN ketika peristiwa penyembahan patung lembu emas di Sinai (Kel.32). Hari ini masih ada yang membuktikan kesetiaan kepada TUHAN iaitu suku peribumi di Sabah dan Sarawak, walaupun lemah dalam semua segi tetapi setia. Ibarat kita adalah suku Lewi. Semoga kita terus membuktikan kesetiaan kepada Tuhan Yesus di bumi Malaysia yang kita cintai ini. Doa: Tuhan Yesus kuat kami supaya terus setia kepada-Mu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 18.11.2025.

Comments

Popular Posts