Yosua 10:41-43 Yosua mengalahkan daerah-daerah dari Kades-Barnea di selatan sampai ke Gaza dekat pantai, termasuk seluruh daerah Gosyen, sampai ke Gibeon di utara. Yosua menaklukkan semua raja itu dan negeri-negeri mereka dengan sekaligus kerana TUHAN, Allah Israel, bertempur untuk Israel. Selepas itu Yosua dan tenteranya kembali ke perkhemahan di Gilgal. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Allah Israel bertempur untuk Israel" Bab 10 kitab Yosua bersambung lagi kisah pertempuran orang Israel di bawah kepimpinan Yosua, mereka berjaya menggalahkan raja-raja, memunah rakyat serta kota-kota mereka sekaligus sebab TUHAN bertempur untuk mereka (ay.42), bukanlah kekuatan askar tetapi kekuatan TUHAN. Hari ini dunia penuh peperangan baik secara nyata atau rohani yang mahu menyerang untuk membinasakan kita. Syukur kita masih ada secara fizikal dan rohani sehingga hari ini kerana TUHAN bertempur untuk kita. Semoga kita seperti Yosua Allah Israel bertempur untuk Israel memberi kemenangan. Doa: Tuhan Yesus tolong kami bertempurlah untuk kami. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 29.11.2025. Selamat menunaikan tanggungjawab mengundi di PRN 17 Sabah.

Comments

Popular Posts