Yosua 4:19-22 Umat Israel menyeberangi sungai itu pada hari kesepuluh bulan pertama, lalu mereka berkhemah di Gilgal, di sebelah timur kota Yerikho. Di sana Yosua menyusun dua belas buah batu yang diambil dari Sungai Yordan. Dia berkata kepada umat Israel, “Pada masa akan datang, apabila anak cucu kamu bertanya tentang erti batu-batu ini, beritahulah mereka bahawa umat Israel menyeberangi Sungai Yordan di atas dasar yang kering. Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dua belas buah batu yang diambil dari sungai Yordan" Bab 4 kitab Yosua kisah orang Israel telah berjaya menyeberangi sungai Yordan ketika musim banjir, selepas para imam yang memikul Tabut Perjanjian keluar dari sungai, air pun mengalir seperti biasa (ay.18). Sejak peristiwa itu Yosua dihormati oleh rakyat sepanjang hayatnya seperti mana mereka menghormati Musa (ay.14). Kemudian mereka berkhemah di Gilgal, Yosua menyusun dua belas buah batu yang diambil dari sungai Yordan sebagai peringatan peristiwa penyeberangan mereka kepada anak cucu supaya tidak dilupakan bahawa TUHAN telah membelah sungai Yordan dan rakyat berjalan di atas dasar sungai yang kering (ay.19-22). Tidak pasti masih adakah batu itu sehingga hari ini. Batu atau apa sahaja benda yang tahan lama boleh jadi peringatan sesuatu peristiwa penting. Semoga kita dapat menyimpan dua belas buah batu yang diambil dari sungai Yordan sebagai peringatan peristiwa pertaubatan kita. Doa: Tuhan Yesus tolong kami mengingati peristiwa penyeberangan kami kepada-Mu pada ketika kami sangat lemah bahawa Engkau pernah mengeringkan kesusahan kami. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 23.11.2025.

Comments

Popular Posts