Ulangan 32:45-46
Selepas Musa menyampaikan ajaran Allah kepada umat itu, dia berkata, “Kamu mesti patuh kepada semua perintah yang aku berikan kepada kamu hari ini. Beritahukanlah semuanya kepada anak-anak kamu, supaya mereka taat dengan setia kepada segala ajaran Allah.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Beritahukanlah semuanya kepada anak-anak kamu"
Bab 32 kitab Ulangan penutup ucapan Musa dengan nyanyian, mungkin itulah cara terbaik meluahkan isi hati yang paling dalam.
Antara perkataan yang diucapkan TUHAN pembelaan yang perkasa, adil dan setia kepada umat Israel (ay.4), selepas nyanyian Musa menyuruh bangsa lain memuji umat TUHAN kerana Dia menghukum orang membunuh umat-Nya, membalas semua musuhnya dan mengampui dosa umat-Nya (ay.43).
Musa menutup ucapan dengan memerintah umat supaya beritahukanlah semuanya kepada anak-anak mereka hukum yang diberikan oleh Musa supaya anak-anak mereka taat kepada TUHAN (ay.45).
Semoga kita pun dapat beritahukanlah semuanya kepada anak-anak kamu ajaran Tuhan Yesus supaya mereka taat.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat memberitahu kepada anak-anak kami ajaran-Mu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 17.11.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment