Ulangan 30:19-20 Sekarang kamu boleh memilih antara hidup dan maut, antara berkat Allah dan kutuk-Nya. Aku memanggil langit dan bumi untuk menjadi saksi terhadap keputusan kamu. Pilihlah hidup. Kasihilah TUHAN, Allah kamu, taatlah dan setialah kepada-Nya, maka kamu dan keturunan kamu akan panjang umur di tanah yang dijanjikan TUHAN kepada nenek moyang kamu, Abraham, Ishak, dan Yakub.” Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Panjang umur di tanah yang dijanjikan" Bab 30 kitab Ulangan Musa mengingatkan umat Israel bahawa kalau mereka kembali kepada TUHAN dengan sepenuh hati selepas dihukum kerana tidak taat, TUHAN akan mengasihi mereka (ay.3). Antara berkat yang disebut oleh Musa ialah panjang umur di tanah Kanaan. Sebab itulah bagi mereka panjang umur adalah berkat dari TUHAN, tetapi Tuhan Yesus umur hanya 33 tahun di tanah Kanaan. Pada zaman gereja panjang umur atau tidak bukanlah tanda berkat atau tanda pertaubatan, tetapi kesaksian masa hidup kita sama ada singkat atau lama. Kalau panjang umur tetapi tidak memberkati orang lain malah menyusahkan tidak berguna juga. Semoga panjang umur di tanah yang dijanjikan dengan memberkati orang lain. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya panjang umur yang tidak menyusahkan orang lain. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 15.11.2025. Penamaan calon PRN17 Sabah hari ini.

Comments

Popular Posts